Cik Ayin ARE-YIN.COM: September 2010

Rabu, 15 September 2010

RAYA LAGI....

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Dah lama tak update blog rasanya. Sebenarnya hari ini tidak ada apa yang ingin ditulis. Sekian saja. Hehehe...

~Out~

Khamis, 9 September 2010

ESOK RAYA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini aku lambat meng'update' blog pula... Okey.. Aku ingin ceritakan tentang perasaan aku semalam. Aku telah merindui seseorang.. Siapa dia? Dia ialah ********* (nama terpaksa dirahsiakan..) Perasaanku jadi tak keruan. Asyik teringat dia sahaja.. Hmmm...

Esok sudah raya. Apa persiapan kalian semua?? Langsir warna apa? Masak apa? (kenapa aku banyak tanya ni??) Okey okey... Jangan melalut..

Kucing aku berkata, "Sudah-sudahlah tu Yin. Pergi tolong ibu di dapur. Banyak kerja belum siap lagi tu..." Huh? Kenapa aku pula perlu ke dapur. Itukan kerja perempuan. Ah! Tak kisahlah..

Apa-apa pun Selamat Hari Raya. Sekian saja untuk post kali ini. Wabillahi taufik walhidayah, jangan hisap pil jangan buat jenayah. Assalamualaikum w.b.t.

~Out~

Selasa, 7 September 2010

KUIH RAYA...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Hari ini buat pertama kalinya aku dengan bantuan ibu tersayang membuat kuih raya. Kuih apa? Popia! Yeah! First time buat agak menjadi. Alhamdulillah. Semasa berbuka tadi, aku cuba rasa dan aku berpuas hati. (Intinya bukan aku yang buat) tapi kira okeylah tu kan??

Itu sahaja untuk post kali ini. Selamat Hari Raya.

~Out~

PAGI YANG AGAK INDAH.....AGAK JE...

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Apa khabar? Semoga sihat sentiasa.

Pagi ini agak sejuk. Jari jemari agak susah untuk menaip. (Arghh!! Tolong la jangan kaku jari...). Baik! Teruskan dengan apa yang ingin saya tulis hari ini. Sebenarnya malas nak update post di blog ini tapi tiba-tiba nak menaip pula. (Apa yang aku merepek ni??)

Ehem.... Kembali pada topik asal.

Pagi ini saya rasakan adalah pagi yang indah. Mahu tahu kenapa? Sebab..... Ntah la... Hahaha...

Hari ini kepala saya macam sudah tidak betul. Oh yeah! Jadi, kalau kalian semua tidak faham harap maaf. (Macam inilah jadinya kalau dipaksa menaip. Huhu. :( )

Sekian sahaja untuk post kali ini. Semoga ceria selalu.

~Out~

Isnin, 6 September 2010

PUASA DAN RAYA...

Assalamualaikum w.b.t.

Raya bakal menjelang tidak lama lagi. Apa persiapan kalian? Kuih-muih sudah siap? Apa yang diharapkan semoga kalian semua bahagia. Sekarang, banyak kita dengar di radio mahupun televisyen mengenai kes kemalangan yang semakin meningkat. Segala usaha telah dilakukan tetapi segalanya atas sikap pemandu juga.

Hal yang kedua ialah mengenai kes pembuangan bayi. Bulan puasa pun ada yang membuang bayi. MasyaAllah. Mereka ini tidak ingat akhirat ke? Bayi yang suci dan tidak bersalah dibuang begitu sahaja. Bila ditanyakan kepada mereka mengapa membuang bayi, mereka menjawab mereka malu kerana sudah terlanjur dan melahirkan anak luar nikah. Mereka sepatutnya boleh berfikir sebelum melakukan perkara terkutuk itu.

Sekian sahaja untuk post kali ini. Semoga ceria selalu. (^_^)

~Out~
 
Copyright © . All Right Reserved by NabilaMansor