Cik Ayin ARE-YIN.COM: Disember 2011

Selasa, 6 Disember 2011

KENANGAN BERSAMA MEREKA... :')

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang, zaman persekolahanku telah tamat. Apa yang tinggal hanyalah kenangan bersama rakan-rakan. Di sini aku senaraikan beberapa rakan yang aku agak rapat.

Ridzuan (Iwan) - Seorang yang agak bijak dalam pelajaran, tegas dan berpendirian. Orangnya agak peramah dan mudah didekati. Aku kenal dia masa aku Tingkatan 2. Mula-mula kenal pun tak rapat macam sekarang.

Aisyah (Ecah) - Juga bijak, tegas dan berpendirian. Mula-mula aku takut nak tegur sebab dia garang giler! Lepas tu, entah macam mana boleh rapat pulak. Dia memang seorang yang memahami hati rakan-rakannya.

Syafikah (Ika) - Aku tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia. Benda ni berlaku secara tiba-tiba. Aku tak ingat bila aku mula rapat dengan dia. Camne pun, aku tabik dengan cara dia belajar. *Senang betul dia ingat rumus Akaun, menjenuh aku nak hafal benda alah tu. TT.TT

Faiq a.k.a JB - Seorang yang mudah mesra. Walaupun aku baru kenal dia beberapa tahun ni, perangai dia agak okey walaupun kadang-kadang agak menyakitkan hati. Apa-apa pun aku seronok kawan dengan dia.

Mereka-mereka di atas adalah rakan-rakan yang agak rapat dengan aku. Sebenarnya ramai lagi. Nantikan sambungan pada post akan datang. Sampai di sini saja post untuk kali ini.

Wassalam. Adiosa! :)

~Out~

MERDEKA!! WUHUU!!! ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 5 Disember 2011, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya, berakhirlah kisah hidupku bergelar seorang pelajar. Banyak kenangan yang takkan aku lupakan di sekolah sampai bila-bila. Setiap kenangan itu umpama madu dan racun, ada manis dan ada sakitnya. Aku masih ingat lagi setiap satu kenangan di sekolah terutamanya bab-bab memikat gadis. Wewiitt~ Haha. Pikat punya pikat, sekali tak dapat daa... Melepas sudah~ Sampai di sini saja, jumpa di lain post.

Wassalam. Adiosa! :)
~Out~
 
Copyright © . All Right Reserved by NabilaMansor