Cik Ayin ARE-YIN.COM: KENANGAN BERSAMA MEREKA... :')

Selasa, 6 Disember 2011

KENANGAN BERSAMA MEREKA... :')

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang, zaman persekolahanku telah tamat. Apa yang tinggal hanyalah kenangan bersama rakan-rakan. Di sini aku senaraikan beberapa rakan yang aku agak rapat.

Ridzuan (Iwan) - Seorang yang agak bijak dalam pelajaran, tegas dan berpendirian. Orangnya agak peramah dan mudah didekati. Aku kenal dia masa aku Tingkatan 2. Mula-mula kenal pun tak rapat macam sekarang.

Aisyah (Ecah) - Juga bijak, tegas dan berpendirian. Mula-mula aku takut nak tegur sebab dia garang giler! Lepas tu, entah macam mana boleh rapat pulak. Dia memang seorang yang memahami hati rakan-rakannya.

Syafikah (Ika) - Aku tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia. Benda ni berlaku secara tiba-tiba. Aku tak ingat bila aku mula rapat dengan dia. Camne pun, aku tabik dengan cara dia belajar. *Senang betul dia ingat rumus Akaun, menjenuh aku nak hafal benda alah tu. TT.TT

Faiq a.k.a JB - Seorang yang mudah mesra. Walaupun aku baru kenal dia beberapa tahun ni, perangai dia agak okey walaupun kadang-kadang agak menyakitkan hati. Apa-apa pun aku seronok kawan dengan dia.

Mereka-mereka di atas adalah rakan-rakan yang agak rapat dengan aku. Sebenarnya ramai lagi. Nantikan sambungan pada post akan datang. Sampai di sini saja post untuk kali ini.

Wassalam. Adiosa! :)

~Out~

Tiada ulasan:

 
Copyright © . All Right Reserved by NabilaMansor