Cik Ayin ARE-YIN.COM

Khamis, 12 Januari 2012

NO. UNIK ID UPU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni aku nak tulis sikit je sebab lama dah tak menaip kat sini. Okey, seperti yang sedia maklum ramai lepasan SPM dah mula beli no. unik UPU. Apa? Aku belum beli lagi? Mujur dateline belum sampai lagi. Kalau tak, susahlah. Tu je pun nak tulis. Ahakz ! Daaa... ;)

Wassalam.
~Out~

Selasa, 6 Disember 2011

KENANGAN BERSAMA MEREKA... :')

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang, zaman persekolahanku telah tamat. Apa yang tinggal hanyalah kenangan bersama rakan-rakan. Di sini aku senaraikan beberapa rakan yang aku agak rapat.

Ridzuan (Iwan) - Seorang yang agak bijak dalam pelajaran, tegas dan berpendirian. Orangnya agak peramah dan mudah didekati. Aku kenal dia masa aku Tingkatan 2. Mula-mula kenal pun tak rapat macam sekarang.

Aisyah (Ecah) - Juga bijak, tegas dan berpendirian. Mula-mula aku takut nak tegur sebab dia garang giler! Lepas tu, entah macam mana boleh rapat pulak. Dia memang seorang yang memahami hati rakan-rakannya.

Syafikah (Ika) - Aku tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia. Benda ni berlaku secara tiba-tiba. Aku tak ingat bila aku mula rapat dengan dia. Camne pun, aku tabik dengan cara dia belajar. *Senang betul dia ingat rumus Akaun, menjenuh aku nak hafal benda alah tu. TT.TT

Faiq a.k.a JB - Seorang yang mudah mesra. Walaupun aku baru kenal dia beberapa tahun ni, perangai dia agak okey walaupun kadang-kadang agak menyakitkan hati. Apa-apa pun aku seronok kawan dengan dia.

Mereka-mereka di atas adalah rakan-rakan yang agak rapat dengan aku. Sebenarnya ramai lagi. Nantikan sambungan pada post akan datang. Sampai di sini saja post untuk kali ini.

Wassalam. Adiosa! :)

~Out~

MERDEKA!! WUHUU!!! ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 5 Disember 2011, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya, berakhirlah kisah hidupku bergelar seorang pelajar. Banyak kenangan yang takkan aku lupakan di sekolah sampai bila-bila. Setiap kenangan itu umpama madu dan racun, ada manis dan ada sakitnya. Aku masih ingat lagi setiap satu kenangan di sekolah terutamanya bab-bab memikat gadis. Wewiitt~ Haha. Pikat punya pikat, sekali tak dapat daa... Melepas sudah~ Sampai di sini saja, jumpa di lain post.

Wassalam. Adiosa! :)
~Out~
 
Copyright © . All Right Reserved by NabilaMansor