Cik Ayin ARE-YIN.COM: 2011

Selasa, 6 Disember 2011

KENANGAN BERSAMA MEREKA... :')

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang, zaman persekolahanku telah tamat. Apa yang tinggal hanyalah kenangan bersama rakan-rakan. Di sini aku senaraikan beberapa rakan yang aku agak rapat.

Ridzuan (Iwan) - Seorang yang agak bijak dalam pelajaran, tegas dan berpendirian. Orangnya agak peramah dan mudah didekati. Aku kenal dia masa aku Tingkatan 2. Mula-mula kenal pun tak rapat macam sekarang.

Aisyah (Ecah) - Juga bijak, tegas dan berpendirian. Mula-mula aku takut nak tegur sebab dia garang giler! Lepas tu, entah macam mana boleh rapat pulak. Dia memang seorang yang memahami hati rakan-rakannya.

Syafikah (Ika) - Aku tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia. Benda ni berlaku secara tiba-tiba. Aku tak ingat bila aku mula rapat dengan dia. Camne pun, aku tabik dengan cara dia belajar. *Senang betul dia ingat rumus Akaun, menjenuh aku nak hafal benda alah tu. TT.TT

Faiq a.k.a JB - Seorang yang mudah mesra. Walaupun aku baru kenal dia beberapa tahun ni, perangai dia agak okey walaupun kadang-kadang agak menyakitkan hati. Apa-apa pun aku seronok kawan dengan dia.

Mereka-mereka di atas adalah rakan-rakan yang agak rapat dengan aku. Sebenarnya ramai lagi. Nantikan sambungan pada post akan datang. Sampai di sini saja post untuk kali ini.

Wassalam. Adiosa! :)

~Out~

MERDEKA!! WUHUU!!! ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 5 Disember 2011, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya, berakhirlah kisah hidupku bergelar seorang pelajar. Banyak kenangan yang takkan aku lupakan di sekolah sampai bila-bila. Setiap kenangan itu umpama madu dan racun, ada manis dan ada sakitnya. Aku masih ingat lagi setiap satu kenangan di sekolah terutamanya bab-bab memikat gadis. Wewiitt~ Haha. Pikat punya pikat, sekali tak dapat daa... Melepas sudah~ Sampai di sini saja, jumpa di lain post.

Wassalam. Adiosa! :)
~Out~

Sabtu, 29 Oktober 2011

SPM!!!

Assalamualaikum.

SPM tak lama lagi? OH TIDAK!! Banyak yang aku belum 'prepare' lagi ni. Dengan Kimia, Prinsip Perakaunan, Add Math lagi. Arghh!! Banyaknya tekanan! Stress aku macam ni. Takpe, slow-slow. Kau boleh buat, jangan risau.

Okey, daa~

~Out~

Selasa, 30 Ogos 2011

MERDEKA, RAYA DAN SPM!!!

Assalamualaikum semua...

Hari ini tanggal 1 Syawal dan esok adalah hari kemerdekaan negara yang ke-54. Haih, cepat betul masa berlalu. Tup-tup dah raya balik. Raya tahun ni rasa tak semeriah tahun-tahun yang lepas. Adakah faktor usia???? Atau pun sebab .........















SPM!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Okey la...

~Adios~

Sabtu, 30 April 2011

AKU SUDAH DAPAT KOMIK MISI 10A! ^____^

Assalamualaikum... Harap sihat semuanya..

Apa yang ingin ditulis di sini adalah berkaitan tentang komik karya rakan Facebook saya iaitu Feeqry..

Tajuk komik mereka ialah.....



MISI 10A !!!!!!

Pelbagai info yang terdapat di dalam komik ini, antaranya :





dan banyak lagi...

Apa yang paling penting ialah...





AKU DAPAT AUTOGRAF MEREKA!!!
SERONOKNYA... ^___^

Sekian saja untuk entri kali ini..

Sekian wassalam..

-Out-

Selasa, 8 Februari 2011

KOMIK, KOMIK DAN KOMIK...

Salam 1 Malaysia..

Lama dah aku tak update blog ni. Sibuk sangat (padahal malas nak tulis...). Sekarang ni aku dalam proses melukis komik untuk sebuah majalah iaitu Majalah Sekolah.. Hahahaha... Hidup aku penuh dengan komik!

Rasa-rasanya tak ada apa-apa lagi dah..
Sekian saja untuk kali ni..

Adios...
-Out-
 
Copyright © . All Right Reserved by NabilaMansor