Cik Ayin ARE-YIN.COM: ESOK RAYA!

Khamis, 9 September 2010

ESOK RAYA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini aku lambat meng'update' blog pula... Okey.. Aku ingin ceritakan tentang perasaan aku semalam. Aku telah merindui seseorang.. Siapa dia? Dia ialah ********* (nama terpaksa dirahsiakan..) Perasaanku jadi tak keruan. Asyik teringat dia sahaja.. Hmmm...

Esok sudah raya. Apa persiapan kalian semua?? Langsir warna apa? Masak apa? (kenapa aku banyak tanya ni??) Okey okey... Jangan melalut..

Kucing aku berkata, "Sudah-sudahlah tu Yin. Pergi tolong ibu di dapur. Banyak kerja belum siap lagi tu..." Huh? Kenapa aku pula perlu ke dapur. Itukan kerja perempuan. Ah! Tak kisahlah..

Apa-apa pun Selamat Hari Raya. Sekian saja untuk post kali ini. Wabillahi taufik walhidayah, jangan hisap pil jangan buat jenayah. Assalamualaikum w.b.t.

~Out~

Tiada ulasan:

 
Copyright © . All Right Reserved by NabilaMansor