Cik Ayin ARE-YIN.COM: PUASA DAN RAYA...

Isnin, 6 September 2010

PUASA DAN RAYA...

Assalamualaikum w.b.t.

Raya bakal menjelang tidak lama lagi. Apa persiapan kalian? Kuih-muih sudah siap? Apa yang diharapkan semoga kalian semua bahagia. Sekarang, banyak kita dengar di radio mahupun televisyen mengenai kes kemalangan yang semakin meningkat. Segala usaha telah dilakukan tetapi segalanya atas sikap pemandu juga.

Hal yang kedua ialah mengenai kes pembuangan bayi. Bulan puasa pun ada yang membuang bayi. MasyaAllah. Mereka ini tidak ingat akhirat ke? Bayi yang suci dan tidak bersalah dibuang begitu sahaja. Bila ditanyakan kepada mereka mengapa membuang bayi, mereka menjawab mereka malu kerana sudah terlanjur dan melahirkan anak luar nikah. Mereka sepatutnya boleh berfikir sebelum melakukan perkara terkutuk itu.

Sekian sahaja untuk post kali ini. Semoga ceria selalu. (^_^)

~Out~

Tiada ulasan:

 
Copyright © . All Right Reserved by NabilaMansor